exabytes.com.my VPS Forex

headlines

Saturday 29 December 2012

WANG KERTAS RM SATU KELUARAN PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK DIBIDA

Siri pertama (1967)

Bank Negara Malaysia mula-mula mengeluarkan wang kertas ringgit Malaysia pada Jun 1967, dengan peringkat-peringkat nilai $1, $5, $10, $50 dand $100, diikuti dengan $1000 pada 2 September 1968. Wang kertas Malaysia sejak dahulu sentiasa mengandungi wajah Tuanku Abdul Rahman, iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia, serta tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali, Gabenor pertama Bank Negara Malaysia. Pada 16 Ogos 1972, Bank Negara Malaysia menerima ejaan baru Bahasa Malaysia dalam pencetakan wang kertas sementara reka bentuknya kekal. Wang kertas dengan ejaan baru itu diedarkan bersama yang dengan ejaan lama.[22]- wikipedia

Adakah ini wang kertas siri pertama wang satu Ringgit Malaysia? Atau kedua atau ketiga? Kalau benar berapa nilainya pula? Seorang kenalan berbangsa Cina ingin membeli duit kertas ini dengan harga RM500 tapi saya tidak terasa teringin pun untuk menjualnya. Katanya...."duit tur ada ong". Jadi saya ingin bertanya kepada anda semua peminat koleksi wang lama ataupun peminat nombor berapa sebenarnya nilai wang ini?
exabytes.com.my VPS Forex

No comments: